Saturday, November 27, 2010

Pementasan Teater Natrah - Musim 2



Tarikh tengok : 26th November 2010
Masa tengok: dlm tiket tulis 8.30 malam..tp mula berlakon 9.00 malam sebab malam saya pegi adalah malam spesial..haha..ada Permaisuri Agong..
Ahli : Kak Intan, Maizirah & me

Klu musim pertama saya pegi agak menghampakan dengan jalan cerita yg agak meleret.. tp musim ke 2 saudari pengarah telah melakar pementasan ini dengan lebih baik. Ada perubahan especially bahagian pembukaan dan penutup. Watak yg dibawa oleh Maya n Umie juga turut bertambah baik. Tak disangka saudara Remy Ishak pandai menari Hindustan..hehe..

Pendek kata membayar harga tiket walau di mana pon anda duduk pasti anda akan merasa puas hati..! Oppss...ada satu je saya tak puas hati..nape Liyana Jasmay sign autograph kat buku I besar sgt? Page lain plak tu..rosak buku I taw. I'm not a big fan of u...ahaks..!

Sinopisis:
Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya..

Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.


Me with Natrah masa remaja, dewasa n tua..


Me with Umie Aida (Che Aminah - mak angkat Natrah), Ziela Jalil (ibu Mansor Adabi) n Susan Lankester (ibu kandung Natrah)



The main cast - Remy Ishak as Mansor Adabi n the pretty Maya Karin as Natrah


Maizirah, my dearest bff and me!


The team..


Nabila Huda n Liyana Jasmay




Turut ada..adik Mya Sara.. pelapis pelakon teater akan dtg..

Thursday, November 25, 2010

Kem Motivasi dan Kepimpinan Kokurikulum 2010 SMKLS

Tarikh: 13 - 14 November 2010
Tempat : Kem Jugra, Banting
Malas nak menulis..tgk gambo dan baca caption jelah ekk..hehe...

Antara pemandangan indah di kem tersebut... T E R B A E K ! !


Naquib..nak sign...!



Antara fasi yg sengal dan suka menyakat peserta; FAIZ n SYAM


Acara di malam kebudayaan.. Not bad..


Aktiviti di siang hari di Balai Jati bersama jurulatih.. Bagus budak2 ni wat aktiviti..dengar kata.. Klu kat sekolah cenggitu kan bagus..




Bersenam di pagi ahri..poco poco.. Nobody Wondergirls etc..




Aktiviti dlm kumpulan; membina rakit dengan menggunakan 4 buah tong, 6 batang kayu bakau, 8 tali dan 2 keping papan.. Gigih depa ni membina rakit.. tgklah hasilnya...


Ada yg jadi... ada yg tak....Cuba lagi ye adik2...



Cikgu2 pon nak berkayak juga...!



Guru dan fasilitator di kem tersebut... pendek kata kami dpt melepaskan tension!! Best sgt...!!
**some of the pics were taken by Zul n Abg Jai. lebih byk lagi di muka buku saya



Friday, November 19, 2010

Cuti sekolah ..yeayy!!

Diumumkan cuti sekolah telah bermula dari esok, 20 November 2010 hingga 2 Januari 2011. Sesi persekolahan tahun hadapan akan bermula pada 3 Januari 2011.
Kepada pelajar2 SMKLS..jgn lupa dtg sekolah utk mengambil buku teks anda pada 20, 21 dan 22 mengikut tingkatan masing2. Pelajar2 Tingkatan 3...tunggu result PMR anda ye.
Sekian..

## Tapi saya still kena g sekolah cuti ni..huhu...

Wednesday, November 10, 2010

Dapat anak sedara baru!!!

Semalam 9 November 2010 pukul 12.40am Kak Ju @ kakak ipar saya yang sulung selamat melahirkan baby boy di KPJ Medical Centre, Shah Alam. Berat 3.25kg. Baby baru itu dinamakan...
FAREED JAZMEE BIN FAIZAL HAMDY.
Alhmamdulillah saya dah ada 2 pasang anak buah..wee....
Gambar takde. Nnt la upload.. >,^

Tuesday, November 9, 2010

Bukit Tinggi ~

Exam dah abes..resultnya tunggu ajelah ye... Nak balik Teluk Intan tak jadi plak sebab mak n ayah p Penang cuti2 Malaysia bersama Mak Yus n Aki. Saya plak macam malas nak ikut p Penang sebabnya keje banyak (konon...padahal tak wat sgt pon) Jadi kami pon plah berjalan2 ke Bukit Tinggi..hehe...

Malas nak tulis byk2...tgk gambo n caption ye..hehe



Signboard n tiket nak masuk.... Siler bayar ye RM12 utk dewasa, RM8 utk bebudak..



Berjaya Hills aka Bukit Tinggi


Antara apa yg boleh dibuat kat situ

Me n Dedek..


@ Japanese Village..BEST!! Ada rumah Ju-On..haha


Asyik nak eslem je...


Yaya n rabbit at Rabbit Park


Me n rabbits..takut sebenarnya..haha


Turun dr Bukit Tinggi kami g Hutan Lipur Lentang plak.. Makan kat sana. Antara port wajib dulu masa kecik2 pas balik dr Pekan..hehe..


Wednesday, November 3, 2010

RIMUP dan Kari Kecemerlangan Kokurikulum SMKLS

Acara: RIMUP dan Kari Kecemerlangan Kokurikulum SMKLS
Tarikh : 2 November 2010
Masa : 11 am
Agenda:
  1. Ucapan Pengetua
  2. RIMUP ~ Persembahan Choral Speaking, tarian dan drama dr pelajar Tingkatan
  3. Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang


Persembahan Drama : Jalan Sempit.. Best..kelakar
Tarian zaman 60an...cute..fun

Choral speaking

Yang menyampaikan hadiah : Pengetua

Yang mengiringi pengetua : Mr Loh (PK)

Yang bertugas : Kak Anne n Kak Evelyn

Antara yang menerima hadiah