Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya!!

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
kepada
kaum keluarga saya yang berada di seluruh Malaysia
sahabat2, rakan2, kawan2 dr zaman tadika, SRKSAA, SMKSAA, KMPP, UKM, UiTM
rakan2 seperjuangan dahulu dan kini (GHD, SAS2, SMKLS, etc)
dan semua pembaca blog saya (eh mcm ada banyak kan..)
Semoga Syawal ini menyatukan kita semua
Jangan makan banyak sgt...nnt ada yg sambung cuti lagik seminggu..hehe
OK..mari dengar lagu raya!!





Monday, September 6, 2010

Ramadhan..tahun depan bertemukah lagik kita?

Arini dah 27 Ramadhan rupanya.. Cepat sungguh masa berlalu...sedar tak sedar sudah 27 Ramadhan... Hmm..klu dihitung kira tak banyak amalan yg aku lakukan pada Ramadhan kali ini. Ntahlah...mmg malas atau kesempitan waktu...kelas, sekolah etc. Alasan je..sebenarnya klu dicari waktu itu pasti ada..
Kini tinggal baki beberapa hari akan ku cuba terus mengisi waktu2 itu dgn amalan yg dituntut agar Ramadhan kali ini tidak berlalu dgn begitu sahaja. Tinggal baki beberapa hari ini akan ku cuba melakukan solat2 terawikh itu. Akan aku cuba menghabiskan membaca beberapa juzuk Al-Quran (walaupon aku tahu mungkin aku tak sempat khatam) dan akan ku cuba bersolat sunat seberapa banyak yg mungkin...kerana aku tahu aku pasti akan merindu Ramadhan.
Setiap kali Ramadhan mahu pergi hati aku sayu sgt..takut tak sempat berjumpa Ramadhan akan datang.. Yelah..ajal maut kan di tangan Allah..buatnya aku pergi dlm beberpa bulan ni... Owh..harap2 umur aku panjang agar aku dpt bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.
Selain ibadah2 yg tertinggal..ada juga perkara2 lain yg aku akan rindu dan aku rindui masa Ramadhan ni. Dan Ramadhan kali ini sgt berbeza dgn Ramadhan yg sudah2....
Berbuka dgn keluarga sama ada dirumah atau berbuffet di restoran. Pertemuan dgn sahabat2 baru dr SMKLS dan hubungan yg rapat dgn mereka juga membuatkan Ramadhan kali ini kami telah berbuka bersama2 beberapa kali. Aku gembira dgn mereka. Tapi di mana kawan2 aku yg lain? aku tak berkesempatan berbuka dgn mereka? Mungkin terlalu sibuk dgn urusan kerja masing2 atau aku adalah watak picisan dalam hidup mereka jadi aku tak tersenarai dlam jemputan majlis berbuka mereka?haha.. Berjiwang plak kau ni Fashiha. Hmm..pasti tu kan menjadi salah satu perkara yg dirindui setelah Ramadhan pergi kerana lazimnya berbuka dan berjalan2 di Jalan TAR pada malam hari menjadi perkara biasa di bulan puasa.. Mungkin tahun ini mahu mengubah tradisi (".)
Semoga aku sempat berjumpa Ramadhan tahun hadapan.. dan Syawal "Selamat Datang!".